
Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata Nanta akan menjalankan tugas menteri di kementerian itu berkuat kuasa, esok.
Menurutnya, perkara itu diputuskan dan diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu.
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri Kabinet ketika parti di Sabah bersiap sedia menghadapi PRN ke-17.
Beliau dipetik berkata keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan kepada urusan politik di Sabah dan memperkukuh kedudukan Upko sebagai parti tempatan.
Pada PRN Sabtu lalu, Ewon mempertahankan kerusi DUN Kadamaian.
Semalam, beliau mengangkat sumpah sebagai timbalan ketua menteri dan memegang portfolio perindustrian, keusahawanan dan pengangkutan.