
Beliau berkata, Tengku Zafrul masih mempunyai “tanggungjawab” untuk dipenuhi.
“Dia tidak boleh melepaskan begitu saja. Hari terakhirnya 2 Dis dan beliau akan terus bekerja (selepas itu).
“Saya akan umum (jawatan baharunya) pada 3 Dis,” katanya selepas melancarkan kenderaan elektrik pertama Perodua di sini.
Berhubung potensi rombakan Jemaah Menteri, Anwar berkata, beberapa keksongan perlu diisi.
“Jadi, saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan. Walau bagaimanapun, saya sedang meneliti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengisi kekosongan yang ada.”
Jumaat lalu, jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, Tengku Zafrul akan terus memainkan peranan dalam kerajaan selepas tamat penggal kedua jawatan senatornya.
Bulan lalu, Tengku Zafrul menawarkan diri untuk membantu penggantinya selepas penggal kedua jawatan senatornya tamat. Katanya, beliau sudah memaklumkan hasratnya kepada Anwar dan sedang menunggu keputusan berhubung kepimpinan baharu kementerian itu.
Jawatan senator Tengku Zafrul bermula Disember 2020 dan diperbaharui tahun lalu.
Beliau tidak boleh kekal dalam Jemaah Menteri, kecuali dipilih sebagai Ahli Parlimen dalam pilihan raya akan datang.
Sehingga kini, tiga Ahli Parlimen meletak jawatan sebagai menteri.
Mei lalu, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad melepaskan jawatan menteri ekonomi serta menteri sumber asli dan kelestarian alam selepas kalah pemilihan PKR Mei lalu.
Awal bulan lalu, Presiden Upko, Ewon Benedick meletak jawatan sebagai menteri pembangunan usahawan dan koperasi susulanpendirian Jabatan Peguam Negara berhubung hak 40% hasil Sabah.