
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Ketua Menteri I Dr Joachim Gunsalam, yang mewakili Hajiji, pada sidang media di Sri Gaya, petang tadi.
Pengesahan ini di sebalik penolakan terhadap pembabitan BN daripada komponen GRS sendiri.
Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menggesa GRS menolak sokongan BN dalam pembentukan kerajaan negeri, mengingatkan gabungan itu tentang ‘langkah-langkah sumbang politik’ pada 2023 yang turut digerakkan oleh BN, dan serangan politik terhadap GRS dan kepimpinan Hajiji.
Selain PGRS, GRS dianggotai oleh Parti Bersatu Sabah, Parti Cinta Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Liberal Demokratik dan Parti Harapan Rakyat Sabah.
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan BN memberikan sokongan untuk bersama membentuk kerajaan di Sabah, dalam kenyataan ditujukan kepada ahli gabungan.
Pengerusi BN, Zahid Hamidi, juga berkata gabungan itu bersedia bekerjasama parti ‘sehaluan’ bagi menubuhkan kerajaan negeri.
GRS, BN dan PH merupakan rakan kerjasama di peringkat kerajaan persekutuan bawah pentadbiran Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi PH.
Penyertaan PH dapat dijangka, memandangkan GRS sebelum ini menyatakan kesediaan untuk meneruskan kerjasama antara mereka, yang terjalin dalam penggal pentadbiran Hajiji yang lalu.
Kedudukan STAR dalam kerajaan bagaimanapun masih belum rasmi, setakat ini.