
Asyraf turut mengucapkan kesyukuran atas perkembangan tersebut, di Facebook hari ini, dengan berakhirnya PRN yang menyaksikan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Hajiji Noor, mengangkat sumpah ketua menteri buat penggal kedua, awal pagi tadi.
“Terima kasih kepada seluruh jentera BN yang bertungkus-lumus sepanjang PRN. Alhamdulillah, BN telah memberikan sokongan untuk bersama membentuk kerajaan negeri,” menurut kenyataan.
Semalam, Pengerusi Zahid Hamidi mengumumkan BN bersedia bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk kerajaan baharu, menegaskan gabungan itu sentiasa memberikan keutamaan pada kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Ia berlatarkan dakwaan bahawa berlaku satu pertemuan antara Presiden Warisan Shafie Apdal dan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin semalam, membincangkan kemungkinan kemungkinan menggabungkan Warisan, BN, Upko dan Pakatan Harapan.
Perkembangan ini menyusuli situasi yang mana tiada satu parti dapat majoriti mudah 37 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan, ketika itu.
Shafie petang tadi menafikan dakwaan dakwaan beliau menghubungi BN selepas PRN Sabah semalam untuk membincangkan pembentukan kerajaan negeri.
Pada 2008, BN memenangi 59 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan, namun angka itu merosot kepada hanya 14 kerusi pada PRN 2020 dan kini tinggal enam kerusi selepas keputusan semalam.