
Ketua Pengarahnya, Hisham Anip, berkata sistem cuaca itu kawasan pantai antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan sekitar tengah malam tadi dan kini berada di tengah-tengah Semenanjung.
Ia diramal akan terus bergerak ke arah timur menuju Laut China Selatan.
“Walaupun sistem cuaca tersebut semakin melemah, aktiviti pembentukan awan hujan masih kekal aktif. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin
kencang serta laut bergelora,di beberapa kawasan di Semenanjung, terutamanya di Pahang dan Terengganu.
“Corak cuaca ini dijangka berterusan sehingga esok. Kita akan terus memantau keadaan ini dan mengemaskini maklumat serta amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan ketara,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Hisham berkata ia adalah kali pertama jabatan itu mengesan ribut seperti itu terbentuk di Selat Melaka.
Hujan antara 200mm hingga 300mm dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa kawasan di Pahang akibat sistem cuaca tersebut, dengan hujan dijangka reda menjelang Ahad.
Angin kencang sehingga 50km/j juga dijangka berterusan sehingga hari ini.
Hujan sepanjang dua hari lalu telah mencapai 120 hingga 150mm dalam tempoh semalaman di beberapa kawasan Lembah Klang dan sepanjang pantai barat, sehingga menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan rendah.