
Di Terengganu, jumlah mangsa meningkat kepada 6,335 orang daripada 1,913 keluarga petang ini, berbanding 5,009 orang daripada 1,488 keluarga tengah hari tadi.
Sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di lapan daerah terjejas, iaitu Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.
Di Selangor, jumlah mangsa menunjukkan pertambahan kepada 3,125 orang daripada 838 keluarga petang ini berbanding 2,904 mangsa melibatkan 770 keluarga tengah hari tadi, yang kini berlindung di 21 PPS membabitkan lima daerah, iaitu Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa bertambah kepada 156 orang daripada 47 keluarga petang ini, berbanding 117 mangsa daripada 30 keluarga tengah hari tadi yang berlindung di empat PPS di SK Jimah Lama di Lukut, Balai Raya Permatang Pasir di Linggi, Port Dickson, SK Jijan di Labu, Seremban dan SK Undang Johol, Kuala Pilah.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,066 orang daripada 333 keluarga berbanding 952 orang daripada 301 orang tengah hari tadi.
Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kuantan merekodkan 401 orang daripada 127 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, manakala 289 orang (82 keluarga) ditempatkan di enam PPS di Maran, 253 orang (84 keluarga) di 11 PPS di Raub dan 123 orang (40 keluarga) di tujuh PPS di Lipis.
Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa petang ini berkurangan kepada 5,503 orang daripada 1,663 keluarga berbanding 5,844 orang daripada 1,766 keluarga tengah hari tadi, yang masih berlindung di 46 PPS di Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah, Bagan Datuk, Larut, Matang dan Selama, serta Muallim.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan Manjung kekal dengan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,273 orang daripada 689 keluarga yang masih ditempatkan di 18 PPS.
Di Kedah, jumlah mangsa menurun kepada 4,280 orang daripada 1,367 keluarga petang ini, berbanding 4,486 orang daripada 1,443 keluarga tengah hari tadi yang masih berlindung di 21 PPS di tiga daerah terjejas, iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Kubang Pasu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,286 orang daripada 771 keluarga berlindung di 13 PPS, diikuti Kota Setar 1,934 orang (577 keluarga) di enam PPS dan 60 orang (19 keluarga) ditempatkan di dua PPS di Pokok Sena.
Di Perlis, bilangan mangsa turut menunjukkan penurunan kepada 7,345 orang petang ini berbanding 7,526 orang tengah hari tadi yang ditempatkan di 24 PPS di Padang Besar, Kangar dan Arau.
Mangsa banjir di Kelantan juga menurun kepada 3,484 orang daripada 1,259 keluarga petang ini.