
Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata 14 warga Jepun terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita ditahan bersama empat rakyat China. Semua suspek berusia 25 hingga 51 tahun.
Menurutnya, semuanya mengaku bekerja sebagai operator pusat panggilan itu sejak tiga bulan lalu, dengan bayaran RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.
“Sindiket ini beroperasi menggunakan aplikasi Telegram bagi mendapatkan maklumat mangsa dan memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai polis Jepun dan menggunakan aplikasi Go (Japan) dalam talian bagi urusan transaksi kewangan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, 49 telefon bimbit, 25 set skrip bahasa Jepun yang digunakan untuk menipu mangsa, 13 iPad, empat walkie-talkie dan tiga komputer riba turut dirampas.
Katanya, 18 suspek itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu