2 pelajar perempuan maut digilis lori

2 pelajar perempuan maut digilis lori

Polis berkata kejadian berlaku selepas kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jatuh sebelum digilis lori yang tak sempat mengelak.

garisan polis dilarang melintas
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
PETALING JAYA:
Dua pelajar perempuan Tingkatan 3 maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terjatuh sebelum digilis sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Kangsar dekat Tasek di Ipoh, tengah hari tadi.

Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian 12.57 tengah hari itu, Nur Aleesya Alya Mohd Hasrizal dan Nur Alisa Maisara Aidil Azhar menunggang sebuah motosikal dari Klebang menghala ke arah Ipoh.

“Ketika tiba di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan menyebabkan keduanya terjatuh ke atas permukaan jalan di lorong sebelah.

“Pada masa yang sama, sebuah lori yang sedang bergerak (hala yang sama) di laluan tersebut tidak sempat mengelak, lalu menggilis kedua mangsa yang berada di atas jalan,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Menurutnya, motosikal yang ditunggang mangsa menggelongsor dan terperosok masuk ke bawah sebuah lagi lori yang sedang berhenti di lorong kanan.

Abang Zainal berkata, kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.