Pemimpin PN dakwa universiti tayang video gambarkan Sanusi berakhlak buruk

Pemimpin PN dakwa universiti tayang video gambarkan Sanusi berakhlak buruk

Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata perkara itu tak sepatutnya berlaku dan menyifatkan ia tindakan politik kuno serta lapuk.

GRAND FINALE PN - BIDOR
Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden dakwa menayangkan ucapan Sanusi Nor dengan beri gambaran beliau berakhlak buruk contoh adalah tidak betul untuk didik penuntut universiti.
PETALING JAYA:
Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendakwa terdapat video tular dalam majlis orientasi di sebuah universiti menayangkan ucapan pemimpin pembangkang, Sanusi Nor dengan memberi gambaran beliau mempunyai akhlak buruk.

Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan penuntut universiti dan menyifatkan ia tindakan politik kuno dan lapuk.

“Saya fikir ini contoh tidak betul untuk didik pelajar universiti. Saya akui bukan semua pemimpin pembangkang betul tetapi di pihak kerajaan juga tak betul.

“Sebelum ini tidak ada program di universiti dijadikan pentas politik menyerang pemimpin pembangkang,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Afnan berkata sepatutnya pihak universiti terbabit menayangkan kes krisis moral dan sosial yang melibatkan penuntut untuk dijadikan peringatan dan pengajaran.

Ketua Pemuda PAS berkata, sebagai contoh kes ‘sugar daddy, sugar baby’ dan anak luar nikah yang perlu diambil perhatian.

“Selain itu, kes gangguan seksual di kolej kediaman dan ketika latihan industri. Adakah kementerian sedar perkara ini terjadi.

“Memperbetulkan akhlak dan akidah pelajar lebih patut diberi perhatian berbanding menjadikan pelajar universiti sebagai alat sokongan politik,” katanya yang juga ketua Pemuda PN.

FMT mendapatkan reaksi Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir berhubung dakwaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.