Pegawai SPRM lapor polis video tular fitnah ketua pesuruhjaya

Pegawai SPRM lapor polis video tular fitnah ketua pesuruhjaya

Klip video dimuat naik di Facebook Pejuang Tun Dr Mahathir yang didakwa berniat jahat dan bertujuan menjejaskan reputasi Azam Baki.

macc sprm
SPRM bidas tohmahan yang dibuat untuk menjejaskan imej parti itu.
PUTRAJAYA:
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung klip video tular di media sosial dan didakwa mengandungi tohmahan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Menurut sumber, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya susulan penularan video perbualan antara seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong dengan ahli perniagaan Albert Tei.

Dalam klip berkenaan, ada dakwaan kononnya seorang individu telah berjumpa Azam bagi meminta supaya kes membabitkan Tei diringankan serta diselesaikan secara ‘baik’ tanpa berlarutan.

“Laporan polis ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap tohmahan itu yang disifatkan sebagai berniat jahat dan tidak berasas,” kata sumber itu.

Beliau berkata, kandungan video itu bukan sahaja bertujuan menjejaskan reputasi peribadi Azam malah mencemar imej serta kredibiliti agensi berkenaan.

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Strategik SPRM mengesahkan laporan polis itu bagi membolehkan siasatan terhadap kedua-dua individu yang terlibat dalam perbualan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.