
Dalam hantaran Facebook dikeluarkan pada 10 malam tadi, MetMalaysia berkata, kawasan terlibat ialah Terengganu (Kemaman); Pahang (Maran, Kuantan dan Pekan); Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson); serta Putrajaya.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).
Turut terlibat, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).
Amaran sama turut merangkumi Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada meliputi kawasan di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan serta Johor (Batu Pahat, Kluang dan Mersing).
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa peka terhadap amaran semasa dan mengikuti maklumat terkini melalui laman web rasmi serta saluran media sosial agensi itu.