
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff, berkata kemudahan moratorium itu bertujuan mengurangkan beban kewangan dan komitmen ditanggung pelanggan dalam waktu mencabar ini.
“Kemudahan moratorium ditawarkan ini merangkumi produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, Pajak Gadai-i serta Kad Kredit-i.
“Pelanggan yang terjejas boleh memohon menerusi e-mel [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bagi pelanggan Kad Kredit-i boleh menghantar permohonan ke e-mel [email protected] manakala pelanggan perniagaan juga boleh terus mengunjungi pusat perbankan perniagaan (BBC) berhampiran bagi mendapatkan bantuan.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi pusat panggilan di talian 1 300 800 800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau susulan berpusat (SB) berdekatan serta mengikuti media sosial rasminya bagi mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa.
Situasi banjir di seluruh negara setakat pagi ini tidak menunjukkan perubahan ketara berbanding semalam, dengan jumlah mangsa di Kelantan sedikit berkurangan manakala lima negeri lain iaitu Perlis, Terengganu, Perak, Kedah dan Selangor terus menunjukkan peningkatan.