Petronas nafi taja Liga Bola Sepak Bangladesh

Petronas nafi taja Liga Bola Sepak Bangladesh

Petronas berkata pihaknya tidak meterai sebarang perjanjian penajaan atau membenarkan penggunaan nama atau jenamanya untuk liga itu.

Bangladesh football petronas
Satu laman Facebook dinamakan sempena Liga Bola Sepak Bangladesh semalam mendakwa Petronas menjadi penaja utama liga berkenaan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Petronas nafi dakwaan kononnya daripada Liga Bola Sepak Bangladesh bahawa syarikat minyak dan gas itu antara penajanya.

Dalam kenyataan, Petronas berkata pihaknya ambil maklum hantaran media sosial yang menggambarkan syarikat tersebut sebagai penaja utama liga berkenaan, yang dikatakan sebagai penjenamaan semula Liga Perdana Bangladesh yang terdahulu.

“Kami ingin menjelaskan Petronas tidak memeterai sebarang perjanjian penajaan untuk Liga Bola Sepak Bangladesh, dan kami juga tidak membenarkan penggunaan nama atau jenama kami berkaitan dengan liga ini.

“Petronas memandang serius integriti jenama kami dan kekal fokus untuk menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingan dan komuniti tempat kami beroperasi,” katanya.

Satu laman Facebook yang dinamakan sempena liga itu semalam mendakwa Petronas menjadi penaja utama liga tersebut.

Laman itu baru dibuka kurang dua hari lalu, namun hantarannya dikongsi semula oleh Facebook rasmi Persekutuan Bola Sepak Bangladesh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.