Wanita rugi RM72,000 angkara bungkusan tak wujud

Wanita rugi RM72,000 angkara bungkusan tak wujud

Mangsa berusia 59 tahun terpedaya selepas ditawarkan bungkusan hadiah konon mengandungi wang USD195,000 daripada individu dikenalinya di Facebook.

Polis berkata mangsa melakukan 12 transaksi pembayaran ke satu akaun bank berjumlah RM72,175 menggunakan wang simpanannya pada Jumaat dan semalam.
TANGKAK:
Seorang operator kilang kerugian RM72,175 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan kiriman bungkusan tidak wujud.

Ketua Polis Tangkak, Roslan Mohd Talib, berkata wanita berusia 59 tahun itu mula terperdaya selepas ditawarkan bungkusan hadiah konon mengandungi wang USD195,000 daripada seorang individu dikenalinya menerusi Facebook.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudian melakukan 12 transaksi pembayaran ke satu akaun bank berjumlah RM72,175 menggunakan wang simpanannya pada Jumaat dan semalam.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila merujuk hal berkenaan kepada keluarganya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.