
Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar berkata pihaknya menuntut Woo memohon maaf secara terbuka serta menarik balik hantaran kandungan itu di semua platform media sosial.
Menurutnya, tindakan Kah Leong disifatkan sebagai rendah akal budi serta bercanggah dengan etika politik bermaruah.
“Kami mendesak Pemuda DAP bermuhasabah dan refleksi diri serta hala tuju organisasi mereka ke arah budaya politik baharu yang lebih matang dan sejahtera
“Tindakan ketua pemuda DAP itu menyerlahkan kegagalan mengamalkan politik yang beradab, seterusnya merendahkan martabat kepimpinan politik negara,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan di Ibu Pejabat DAP.
Sukri mengulas tindakan Woo memuat naik gambar Hashim dalam keadaan terlantar di katil yang didakwa telah diubah suai bersama gambar roti Gardenia di media sosial miliknya.
Memorandum lima muka surat itu diserahkan Sukri kepada salah seorang kakitangan Ibu Pejabat DAP pada 11.30 pagi tadi.
Sukri berkata pihaknya juga bersedia bersemuka dengan Woo dan pimpinan Pemuda DAP untuk menerangkan konsep Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS).