
Perintah reman selama tiga hari hingga 22 Nov dikeluarkan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira 3.30 petang semalam.
Katanya, suspek dipercayai meminta wang kira-kira RM3,000 daripada seorang individu yang datang berjumpanya pada 18 Nov lalu susulan tangkapan melibatkan abangnya dalam kes penyalahgunaan dadah.
“Keesokannya, suspek mengarahkan individu terbabit datang dengan membawa wang kira-kira RM1,500 serta mengambil abangnya yang ditahan sebelum itu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.