Pemandu wanita selamat, binaan ECRL runtuh atas kereta

Pemandu wanita selamat, binaan ECRL runtuh atas kereta

Bomba berkata mangsa yang tidak mengalami kecederaan dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Runtuhan Binaan ECRL
Keadaan kereta yang remuk selepas dihempap sebahagian binaan ECRL yang runtuh di Jalan MRR2 berhampiran Batu Caves tengah hari tadi.
PETALING JAYA:
Seorang wanita berdepan detik-detik cemas apabila sebahagian binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) runtuh dan menghempap kereta dipandunya di Jalan MRR2 berhampiran Batu Caves, tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.47 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Selayang segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi, mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.