Sarawak tunggu isyarat Anwar runding tambah kerusi Parlimen

Sarawak tunggu isyarat Anwar runding tambah kerusi Parlimen

Premier Abang Johari Openg ucap terima kasih di sebalik hasrat capai nisbah 1/3 kerusi bagi Sarawak dan Sabah.

Premier Abang Johari Openg kata Sarawak sedia berunding dengan kerajaan persetujuan berhubung penambahan kerusi Parlimen. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sarawak menunggu isyarat Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk rundingan menambah kerusi Parlimen, selepas kerajaan persekutuan menyatakan persetujuan secara dasar.

Premier Abang Johari Openg dilapor berkata kerajaan Sarawak mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas persetujuan tersebut, di sebalik hasrat mencapai nisbah 1/3 kerusi bagi Sarawak dan Sabah.

“Kita tengok macam mana nanti… kalau beliau panggil, kita rundinglah, kalau tidak panggil, diam dulu,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Semalam, Anwar mengumumkan kerajaan secara dasarnya bersetuju untuk menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah, mengambil kira jumlah pengundi di sana.

Perdana menteri berkata penambahan kerusi itu dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, dan pentadbiran beliau komited menambah bilangan “mengikut keperluan”.

Menurut Anwar, pihaknya telah meminta peguam negara serta peguam besar Sarawak dan Sabah untuk menyelesaikan perkara itu.

Sarawak dan Sabah masing-masing memiliki 31 dan 25 kerusi Parlimen, pada masa ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.