
Razarudin berkata, sumbangan itu khusus untuk menyokong operasi pusat tersebut, yang memerlukan perbelanjaan bulanan tinggi, lapor Sinar Harian.
Razarudin sebelum ini turut menyumbang dua kali kepada Tabung Amanah Warisan Polis, dengan sumbangan berjumlah RM25,000.
“Pusat autisme ini tidak mendapat keuntungan. Setiap bulan, kita terpaksa mengeluarkan kos besar untuk menampung operasi,” katanya kepada pemberita di Pusat Autisme PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Pada Ogos, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari ke atas Wan Muhammad Azri yang didapati bersalah menghina mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong dilapor menjatuhkan hukuman selepas membenarkan permohonan komital yang difailkan Razarudin terhadap penulis blog itu.
Mahkamah turut memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM30,000 kepada Razarudin.
Pada 27 Dis tahun lepas, Razarudin memfailkan saman fitnah dengan nilai ganti rugi RM3 juta terhadap Wan Muhammad Azri, berhubung kenyataan yang turut mengaitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menurut Razarudin, kes itu dijangka selesai pada 2026 mengikut perkembangan prosiding semasa.