PRN Sabah: Pertandingan 12 penjuru di Moyog

PRN Sabah: Pertandingan 12 penjuru di Moyog

12 calon daripada gabungan utama hingga parti kecil berasaskan Sabah bertanding di kerusi separa bandar itu.

Dua bekas Adun Moyog Donald Peter Mojuntin dan Terence Siambun antara 12 calon di kawasan itu untuk PRN Sabah.
PENAMPANG:
Kerusi DUN Moyog bakal menyaksikan saingan 12 penjuru dalam PRN untuk mencari pengganti wakil rakyat selepas penyandangnya Darell Leiking tidak mempertahankan kerusi itu.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menamakan Joeynodd Aiiko Ronald C Bansin sebagai calon manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan Francis Mojikon dan Pakatan Harapan (PH) diwakili Remysta Taylor daripada PKR.

Warisan pula mempertaruhkan Terrence Siambun, sementara Upko mencalonkan Donald Peter Mojuntin—kedua-duanya pernah menjadi Adun Moyog sebelum ini.

Turut bertanding Mckery Victor Ninin dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, Cleftus Stephen Spine dari Parti Impian Sabah, Richard Donald Dompok (Parti Kebangsaan Saba) serta calon bebas Ricky Chang.

Pertandingan ini turut disertai Walter Norbert Johnny dari Parti Bumi Kenyalang, Joe Suleiman dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Richard Jimmy Majaing @ Dolly Yapp dari Aspirasi Rakyat Sarawak.

Pada PRN 2020, kerusi Moyog dimenangi Darell Leiking dari Warisan dengan majoriti 5,935 undi.

Moyog, sebuah kerusi separa bandar dalam kawasan besar Penampang, sering mendapat perhatian kerana ia pernah bertukar tangan antara Warisan, PKR, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah dalam beberapa pilihan raya lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.