9 penjuru di Tanjung Aru, tumpuan pertembungan pemimpin DAP-Warisan

9 penjuru di Tanjung Aru, tumpuan pertembungan pemimpin DAP-Warisan

Kerusi itu disandang oleh Naib Presiden Warisan Junz Wong sebelum DUN dibubarkan, bulan lalu.

Sembilan calon yang diumumkan layak bertanding di DUN Tanjung Aru selepas penamaan calon di Dewan Sri Putatan.
PUTATAN:
DUN Tanjung Aru menyaksikan pertandingan 9 penjuru dengn tumpuan kepada pertembungan Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Timbalan Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin.

Sebelum DUN dibubarkan bulan lalu, kerusi itu disandang Wong memenangi PRN 2020 dengan majoriti 3,147 undi.

Selain Chan yang mewakili Pakatan Harapan (PH), turut diterima pencalonannya Suhaimi Buang (Perikatan Nasional), Yee Wee Ping (Parti Impian Sabah), Loh Ee Eng (Parti Bumi Kenyalang), Dennison R Indang (Upko), Hiew Chong Yu (Star), Zaim Ansawi (bebas) dan Dr Ritchie Jay Cheng (bebas).

Pencalonan mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Aru Masawi Salleh selepas proses penamaan di Dewan Sri Putatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.