
Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar berkata susulan itu, Namewee, 42, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee akan dibebaskan dengan jaminan polis, esok, lapor Sinar Harian.
“Jika ada perkembangan baharu dalam siasatan, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Arahan juga telah dikeluarkan supaya siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan semua aspek diteliti,” katanya.
Namewee sebelum ini direman dari 5 hingga 13 Nov selepas menyerah diri di IPD Dang Wangi, berhubung siasatan kes kematian pempengaruh tersebut.
Kes itu pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun kemudian disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas polis mengesyaki terdapat unsur jenayah.
Difahamkan, Namewee berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.
Polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk terhadap individu terakhir yang bersama mangsa sebelum kematiannya.