GRS tanding 55 kerusi PRN Sabah

GRS tanding 55 kerusi PRN Sabah

Shahelmey Yahya yang digantung Umno sebelum ini menyatakan minat pertahan kerusi Tanjung Keramat bawah GRS tidak tersenarai sebagai calon.

Hajiji noor
Pengerusi GRS Hajiji Noor mengumumkan calon PRN Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
PETALING JAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan akan bertanding di 55 daripada 73 kerusi pada PRN 29 Nov ini.

Pengerusi Hajiji Noor bagaimanapun berkata, hanya 51 calon diumumkan hari ini manakala empat lagi esok.

Seperti dijangka Hajiji akan mempertahankan DUN Sulaman yang disandangnya sejak 1990.

Antara tokoh utama GRS yang tercalon adalah Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah, Joachim Gunsalam di Kundasang, Setiausaha Agung GRS, Masidi Manjun di Karanaan dan Ketua Penerangan GRS, Joniston Bangkuai di Kiulu.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman, akan bertanding di DUN Bongawan seperti diumumkan sebelum ini.

Ahli Umno digantung, Shahelmey Yahya dan Andi Suryady Bandy, yang menyokong Hajiji selepas Umno Sabah menarik balik sokongan pada 2023 tidak tersenarai sebagai calon hari ini.

Shahelmey dan Andi berharap bertanding di Tanjung Keramat serta Tanjung Batu bawah GRS, sebaliknya gabungan itu menamakan adik Shahelmey, Shah Alfie Yahya, dan pendatang baru Andi Shamsureezal bagi kerusi tersebut.

Turut tersenarai Hazem Mubarak iaitu anak kepada Yang di-Pertua Sabah, Musa Aman, akan bertanding di Sungai Manila.

Presiden Usno dan bekas speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dicalon bertanding di Pintasan manakala isterinya, Diana Diego @ Yusrina Sufiana di Sekong.

GRS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang mempunyai pakatan pilihan raya tersendiri dengan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, GRS dan BN tidak akan bekerjasama.

Penamaan calon akan diadakan pada 15 Nov dan pengundian awal 25 Nov.

Berikut adalah senarai calon GRS buat masa ini:

  1. Banggi – Mohamad Mohamarin
  2. Bengkoka – Samuil Mopun
  3. Pitas – Ruddy Awah
  4. Tanjong Kapor – Ben Chong Chen Bin
  5. Matunggong – Julita Majungki
  6. Bandau – Redonah Bahanda
  7. Tandek – Hendrus Anding
  8. Pintasan – Pandikar Amin Mulia
  9. Tempasuk – Mohd Arsad Bistari
  10. Usukan – Japlin Akim
  11. Kadamaian – Mudezam Muyau
  12. Sulaman – Hajiji Noor
  13. Pantai Dalit – Jasnih Daya
  14. Kiulu – Joniston Bangkuai
  15. Karambunai – Arshad Idris
  16. Darau – Mohd Razali Razi
  17. Tanjung Keramat – Shah Alfie Yahya
  18. Moyog – Joeynwood Bansin
  19. Limbahau – Juil Nuatim
  20. Kawang – Gulam Haidar Khan Bahadar
  21. Pantai Manis – Saifuddin Tahir Petra
  22. Bongawan – Anifah Aman
  23. Membakut – Mohd Ariffin Arif
  24. Klias – Isnin Aliasnih
  25. Kuala Penyu – Limus Jury
  26. Lumadan – Ruslan Muharam
  27. Kundasang – Joachim Gunsalam
  28. Karanaan – Masidi Manjun
  29. Paginatan – Abidin Madingkir
  30. Tambunan – Victor Paut
  31. Liawan – Annuar Ayub Aman
  32. Kemabong – Rubin Balang
  33. Sook – Ellron Angin
  34. Nabawan – Abdul Ghani Yasin
  35. Telupid – Jonybone J Kurum
  36. Sugut – James Ratib
  37. Labuk – Samad Jamri
  38. Sungai Manila – Hazem Mubarak Musa
  39. Sungai Sibuga – Amirshah Yaakub
  40. Sekong – Diana Diego @ Yusrina Sufiana
  41. Kuamut – Masiung Banah
  42. Lamag – Johainizamshah Johari
  43. Sukau – Juhari Janan
  44. Tungku – Abdul Hakim Gulam Hassan
  45. Silam – Mizma Apehdullah
  46. Kunak – Norazlinah Arif
  47. Senallang – Marunda KK Ampong
  48. Bugaya – Noordin Abdul Hussin
  49. Balung – Syed Ahmad Syed Abas
  50. Apas – Nizam Abu Bakar Titingan
  51. Tanjung Batu – Andi Shamsureezal

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.