13 ditahan berhimpun depan istana Kelantan, senjata tajam dirampas

13 ditahan berhimpun depan istana Kelantan, senjata tajam dirampas

Polis merampas keris, lembing, kelewang, pedang dan benet daripada beberapa suspek.

istana negeri kubang kerian
Seramai 13 individu direman kerana dipercayai menyertai perhimpunan di depan Istana Negeri, Kubang Kerian kira-kira 11.40 pagi semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seramai 13 individu direman empat hari sehingga Sabtu ini kerana dipercayai menyertai perhimpunan di depan Istana Negeri, Kubang Kerian kira-kira 11.40 pagi semalam.

Seorang wanita dan tiga Orang Asli antara 13 individu berusia 26 hingga 67 tahun yang direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Sumber dipetik Kosmo berkata, pemeriksaan polis menjumpai senjata tajam seperti keris, lembing, kelewang, pedang dan benet daripada beberapa suspek.

“Selain itu, kayu, tongkat buluh, teko tembaga, cawan tembaga, rantai manik, duit syiling pelbagai mata wang, akar kayu dan songket berwarna kuning turut dirampas,” katanya menurut Kosmo sambil menambah motif perhimpunan masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.