
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Fuziah Salleh seusai majlis pengumuman calon PKR malam tadi.
“Semoga komitmen 100% calon kepada parti, pengundi dan kawasan yang diwakili dapat melaksanakan amanat diberikan sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu,” menurut kenyataan.
PKR mengumumkan 10 calon yang akan ditawarkan kepada rakyat Sabah, yang bersiap sedia untuk memilih wakil masing-masing pada 29 Nov.
Nama yang diumumkan antaranya Peto Galim (Inanam), Awang Husaini Sahari (Petagas), Ruji Ubi (Merotai), Rufinah Pengeran (Tulid), dan Romansa Lamin (Segama).
Turut dinamakan Abdul Said Pimping (Gum Gum), George Hiew (Karamunting), Jamawi Jaafar (Melalap), Yamani Hafez Musa (Sindumin), dan Thonny Chee (Api-Api).
Percaturan ini berlatarkan kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional, dan Gabungan Rakyat Sabah.