PRN17: Hajiji sahkan Rubin calon GRS di DUN Kemabong

PRN17: Hajiji sahkan Rubin calon GRS di DUN Kemabong

Pengerusi GRS yakin penyandang DUN Kemabong akan menang lagi kali ini.

rubin balang
Pada PRN16, Rubin Balang menang kerusi DUN Kemabong sebagai calon bebas, menewaskan 5 pencabar dengan majoriti 1,012 undi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mempertaruhkan penyandang Rubin Balang di DUN Kemabong pada PRN Sabah 29 Nov ini.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi GRS Hajiji Noor dalam kenyataan hari ini, susulan desas-desus bahawa kerusi itu turut diintai DAP Sabah mewakili Pakatan Harapan (PH).

Pada PRN kali ini, GRS menjalin kerjasama dengan PH, yang turut berpakat dengan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, tiada kerjasama terjalin antara BN dengan GRS.

“Dengan jentera yang kukuh dan sokongan padu daripada pengundi di Kemabong, insyAllah Rubin akan sekali lagi memenangi pilihan raya ini,” kata Hajiji, lapor Astro Awani.

Khamis lepas, Hajiji dilapor mengesahkan bahawa GRS akan mengumumkan senarai penuh calonnya bagi PRN Sabah pada 12 Nov ini, tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Pada PRN16, Rubin menang kerusi DUN itu sebagai calon bebas, menewaskan lima pencabar dengan majoriti 1,012 undi.

Rubin kini menyandang jawatan naib presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat DUN Kemabong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.