
Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan kempen yang akan tamat 15 Dis depan terbuka kepada semua peminjam konvensional dan ujrah PTPTN yang mempunyai tunggakan berjumlah RM500 ke atas.
Jelasnya, peminjam hanya perlu membuat bayaran pendahuluan 20% daripada jumlah tunggakan atau sekurang-kurangnya RM500, mana yang lebih tinggi dan memohon rundingan bayaran balik melalui aplikasi web myPTPTN.
“Melalui rundingan ini, peminjam boleh menstrukturkan semula pinjaman, melakukan pertukaran ujrah atau menggabungkan pinjaman dalam tempoh kempen.
“Dengan kaedah ini, peminjam berpeluang untuk menyusun semula jadual bayaran balik (JBB) mengikut kemampuan kewangan masing-masing,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Careline PTPTN di 03– 2193 3000
(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) - Live Chat di portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
- E-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my/)
- Eksekutif Jualan PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn)