
AGC memaklumkan notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari ini.
Pagi tadi, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Badrul tanpa perlu membela diri, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.
Pada 11 Julai tahun lalu, Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seramai empat saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan — pengadu dari Istana Negara, dua saksi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan pegawai penyiasat.