Suspek kes tembak Sg Golok ditahan

Suspek kes tembak Sg Golok ditahan

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan pihak berkuasa Thailand malam tadi selepas menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok.

sungai golok
Media semalam melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut dipercayai ditembak dengan 18 das tembakan di sebuah rumah di pekan Sungai Golok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suspek kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat kelmarin sudah ditahan pihak berkuasa Thailand.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan malam tadi selepas menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok.

Menurut sumber pasukan keselamatan, berkata berdasarkan semakan, suspek memiliki dua kerakyatan iaitu Thailand dan Malaysia.

“Kita tangkap selepas suspek tampil menyerah diri malam tadi dan mempunyai dua dokumen pengenalan diri,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut dipercayai ditembak dengan 18 das tembakan di sebuah rumah di pekan Sungai Golok.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok pada 9 malam.

Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat kemudiannya mengesahkan suspek kes terbabit adalah bekas pemain import bola sepak Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.