
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata slogan berunsur kenegerian bukan perkara baharu, seperti ‘Bangsa Johor’ dan ‘Gagasan Terengganu Kita’.
Menurutnya, sentimen itu tidak membawa maksud rakyat Sabah menolak parti dari Semenanjung, sebaliknya politik negeri itu sudah lama bersifat terbuka.

“Politik Sabah memang dinamik sejak dahulu. Sebab itu kita yakin kali ini pengundi Sabah akan memilih PN. Walaupun presiden parti mungkin dari Semenanjung, seluruh kepimpinan PN Sabah adalah orang Sabah,” katanya selepas satu program di Kota Kinabalu, seperti dipetik Berita Harian.
Sentimen ‘Sabah for Sabahan’ kembali hangat sejak beberapa tahun lalu, dengan naratif yang menggesa rakyat negeri itu memilih parti tempatan.
Pemerhati politik sebelum ini berpendapat gelombang tersebut berpotensi menekan peluang parti nasional seperti PN, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PN dijangka bertanding sehingga 40 kerusi pada PRN kali ini, berbanding 36 kerusi yang diumumkan sebelum ini.
“Kita masih memuktamadkan agihan kerusi sebelum pengumuman calon dan pelancaran jentera di seluruh Sabah pada 11 Nov ini,” katanya.