PRN Sabah: PKR beri bayangan wakili PH tandingi Gum-Gum

PRN Sabah: PKR beri bayangan wakili PH tandingi Gum-Gum

DUN Gum-Gum antara tujuh kerusi bertindih di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

pakatan harapan bendera
Mustapha Sakmud berkata calon PKR wakili PH di DUN Gum-Gum akan diumumkan tidak lama lagi.
PETALING JAYA:
PKR membayangkan Pakatan Harapan (PH) mungkin bertanding di DUN Gum-Gum pada PRN Sabah, antara tujuh kerusi rebutan dengan Barisan Nasional (BN).

Tanpa menjelaskan sama ada rundingan dengan BN telah selesai, Ketua PKR Sabah Mustapha Sakmud berkata calon daripada parti itu yang mewakili PH akan diumum tidak lama lagi.

“Saya harap supaya orang Gum-Gum bantu saya bagi pihak PH, kami rayu beri peluang kepada wakil Anwar di Gum-Gum ini,” katanya berucap dalam siri Jelajah Harapan Urang Sabah di DUN Gum-Gum.

Sebelum ini, Umno Libaran menyuarakan hasrat mahu bertanding semula di DUN Gum-Gum walaupun rundingan antara Umno dan PH memutuskan kerusi itu akan ditandingi PH.

DUN Gum-Gum antara tujuh kerusi bertindih antara BN dan PH selain Segama, Sindumin, Tanjung Aru, Liawan dan Kemabong.

Pada PRN lalu, kerusi DUN Gum-Gum dimenangi calon Warisan.

Sementara itu, Setiausaha PKR Sabah Abdul Razak Jamil memaklumkan, parti itu akan bertanding di 10 hingga 13 DUN termasuk Gum-Gum, pada PRN 29 Nov depan.

“Ini kali pertama kita kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan GRS, tetapi pada masa sama, GRS dan BN tak kerjasama,” katanya.

“Sekiranya rundingan kekal, sekiranya kita letakkan calon di satu-satu kawasan bertanding, GRS dan BN tak akan meletakkan calon. Ini harapan cerah kita menang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.