
Pengarah Urusan Malaysia Airports Mohd Izani Ghani berkata, sumbangan itu bertujuan meningkatkan keupayaan operasi menyelamat dan mempercepatkan tindakan kecemasan pasca bencana oleh agensi terlibat.
“Kami melaksanakan pelbagai program di bawah platform tanggungjawab sosial korporat MYAirportCARES, bertujuan memberi manfaat lestari kepada komuniti sekitar kawasan operasi kami
“Kami juga mengambil pendekatan melakukan kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan demi memastikan setiap bantuan yang disampaikan bersifat menyeluruh, pantas dan berimpak tinggi.
“Usaha ini mencerminkan tekad kami untuk membantu memperkukuh kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Izani berkata, inisiatif itu juga sebahagian tonggak Pemerkasaan Komuniti di bawah MAHB yang memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan, kesiapsiagaan bencana serta pemulihan pascabencana, selaras dengan peranan syarikat sebagai rakan strategik dalam rangka kerja GLC/GLIC Demi Rakyat dan Negara (GDRN).
Majlis penyerahan sumbangan berkenaan merupakan hasil kerjasama antara MAHB, bomba, PBS dan MRA yang memainkan peranan penting dalam menangani bencana di lapangan.
Sebelum ini, Malaysia Airports menyumbang 500 unit khemah modular dan 12,000 folder keselamatan kalis api dan air kepada Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara, selain menyalurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di Sarawak, Kelantan, Kedah serta Johor.