Ganti ahli MPT lantikan proses biasa, Bersatu perjelas situasi Khaliq

Ganti ahli MPT lantikan proses biasa, Bersatu perjelas situasi Khaliq

Khaliq Mehtab Ishaq tidak dipecat atau digantung, kata Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.

Tun Faisal Ismail
Ahli MPT tidak perlu jadi ‘Yes Man’, kata Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bersatu menjelaskan penggantian ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) lantikan proses biasa dalam parti politik, susulan penamatkan khidmat Khaliq Mehtab Ishaq.

“Khaliq bukan dipecat atau digantung, tetapi digantikan dengan lantikan ahli MPT yang lain. Sebagai ahli MPT lantikan, perkara ini adalah biasa,” menurut Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz dalam kenyataan.

Terdahulu, Khalid mengesahkan keanggotaanya sebagai ahli MPT ditamatkan, yang disifatkan kerana tidak menyokong penuh presiden dalam ‘perkara tertentu’.

Khaliq antara seorang daripada lima individu yang dilantik dalam MPT Bersatu pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Tun Faisal menolak anggapan bahawa ahli MPT perlu jadi ‘Yes Man’.

“Tiada siapa yang perlu jadi ‘Yes Man’. MPT adalah rujukan kepada ahli-ahli parti dan mereka mesti jadi antara yang paling faham tentang perlembagaan, dasar dan keputusan-keputusan parti,” katanya.

Beliau menambah Bersatu dan Presiden Muhyiddin Yassin tidak menolak perbezaan pandangan.

“Selama ini dan sehingga sekarang pun Muhyiddin dan Bersatu bersifat inklusif dan terbuka kepada bermacam pandangan dan kerjasama dengan pihak lain, asalkan dilakukan berdasarkan perlembagaan, keputusan dasar parti serta melalui saluran yang betul,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.