Pembangkang sedia berhimpun jika perjanjian dagangan AS tak dibahas, kata Wan Fayhsal

Pembangkang sedia berhimpun jika perjanjian dagangan AS tak dibahas, kata Wan Fayhsal

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata satu usul dikemukakan untuk Dewan Rakyat bincang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan Amerika Syarikat.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal gesa kerajaan tangguh Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan Amerika Syarikat (AS).
KUALA LUMPUR:
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) menggesa kerajaan menangguhkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai Ahad lalu sehingga dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, satu usul telah dikemukakan bagi mendesak Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan perjanjian itu.

“Kalau kerajaan tak telus dan enggan membenarkan perbahasan, kami akan himpunkan puluhan ribu rakyat untuk ‘turun Anwar’ sekali lagi,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Wan Fayhsal turut memaklumkan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, akan mengadakan sidang media khas Khamis ini berhubung perjanjian berkenaan.

Semalam, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan menafikan perjanjian dimeterai sempena lawatan Presiden Donald Trump itu menjejaskan kedaulatan negara.

Perjanjian perdagangan timbal balas yang meliputi pelbagai sektor iu bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, memperluas akses pasaran dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Melalui perjanjian itu, Malaysia bersetuju memberi akses pasaran istimewa kepada eksport barangan industri AS seperti bahan kimia, jentera dan peralatan elektrik, logam serta kenderaan penumpang.

Ia turut meliputi barangan pertanian seperti produk tenusu, ayam dan beras.

AS pula mengekalkan tarif timbal balas sebanyak 19% terhadap barangan Malaysia, dengan beberapa produk tertentu menikmati kadar sifar di bawah senarai rakan perdagangan sejajar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.