
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata ia kerana lokasi yang dicadangkan itu hanya terletak kira-kira 500m dari ‘zon merah’ Sidang Kemuncak Asean ke-47.
pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur masih berdegil.
Menurutnya, polis menghormati hak orang ramai untuk berhimpun namun cadangan lokasi himpunan itu dilihat tidak sesuai berdasarkan risikan dan analisis keselamatan pihaknya dengan agensi penguatkuasaan lain.
“Cadangan lokasi lain seperti Dataran Merdeka dan Padang Merbok telah dikemukakan kepada penganjur tetapi ia ditolak.
“Jarak Ampang Park hanya 500m dari zon merah Asean Summit, yang mana kawasan penglibatan aktif laluan protokol serta delegasi terlibat. Ia terlalu dekat dengan hotel diduduki mereka.
“Maka himpunan tetap tidak dibenarkan. Jika pihak terbabit masih tegas berbuat demikian, kami akan suraikan dan mengambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang media hari in
Selain itu, beliau turut meminta orang ramai supaya memberi kerjasama bagi menjamin kelancaran sidang kemuncak itu yang penting bagi membawa imej negara di peringkat antarabangsa.
” Polis tidak akan berkompromi jika terdapat pihak yang menyalahi undang-undang,” tegasnya.
Trump dijadual tiba di Malaysia esok, bagi menyertai pemimpin-pemimpin negara lain untuk sidang serantau yang ke-47.
Malaysia selaku pengerusi blok 10 negara akan menjadi tuan rumah acara yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt.