
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan, 19 PPS di daerah Larut, Matang dan Selama di Taiping kini menempatkan 1,784 penduduk.
Tiga PPS di daerah Manjung pula menempatkan 387 penduduk.
Hujan lebat berterusan sejak pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di kedua-dua daerah itu dilanda banjir kilat.
Operasi menyelamat dan bantuan sedang giat dijalankan oleh polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir pagi ini di daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Tiga sungai dilaporkan berada pada paras bahaya iaitu Kolam Bukit Merah, Sungai Kampar dan Sungai Slim.