Perak banjir: 3 PPS dibuka malam ini

Perak banjir: 3 PPS dibuka malam ini

Perak dilanda banjir membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama serta Manjung.

banjir
Daerah Larut, Matang dan Selama serta Manjung di Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak pagi tadi. (Gambar Facebook)
IPOH:
Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak pagi tadi membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung, dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga setakat 9 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Perak memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di LMS dibuka pada 7.30 malam, dengan proses pemindahan mangsa dan keluarga masih dijalankan.

Bagi daerah Manjung, PPS Sekolah Sungai Batu, Pantai Remis dibuka pada 8 malam yang menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga, susulan kediaman mereka di Kampung Sungai Batu dan Kampung Nelayan terjejas banjir.

PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pengkalan Baru pula dibuka pada 8.30 malam dan proses pemindahan mangsa dari Kampung Padang Serai masih dilaksanakan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan bacaan paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang, Kampar berada pada tahap amaran dengan paras 22.5 meter (m) berbanding tahap normal iaitu 21.41m.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di semua daerah pada malam ini kecuali Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.