BlackBerry puji inovasi komunikasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Asean

BlackBerry puji inovasi komunikasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Asean

Dalam sidang kemuncak Asean ke-47 akan datang semua 150 pegawai perhubungan akan dilengkapi AtHoc dan SecuSUITE BlackBerry pada peranti iOS dan Android.

bukit bintang Asean Summit
Sidang Kemuncak Asean ke-47 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt.
PETALING JAYA:
BlackBerry memuji Malaysia kerana menetapkan penanda aras baharu dalam komunikasi keselamatan berskala besar dengan menggunakan dua teknologi keluaran syarikat Kanada itu pada Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, John Giamatteo, berkata sekretariat logistik utama Asean akan terus menggunakan BlackBerry AtHoc dan SecuSUITE untuk Sidang Kemuncak Asean ke-47 dari 26 hingga 28 Okt.

John Giamatteo
John Giamatteo.

AtHoc ialah platform pengurusan penting yang menggabungkan notifikasi kecemasan selamat dengan alat tindak balas insiden, membolehkan penyelarasan mudah alih masa nyata antara agensi.

SecuSUITE pula adalah penyelesaian komunikasi suara dan mesej selamat bertaraf ketenteraan yang diperakui Nato, direka untuk melindungi perbualan sensitif daripada pemintasan dan pengintipan terhadap komunikasi mudah alih.

“Sebagai pengerusi Asean pada 2025, Malaysia sedang menetapkan standard baharu bagi komunikasi keselamatan berdaulat berskala besar.

“Kami bangga dapat menyokong sekretariat dan kerajaan Malaysia dengan penyelesaian canggih bertaraf ketenteraan yang melindungi rakyat, menjaga kerahsiaan perbualan penting serta memastikan operasi kompleks berjalan lancar secara masa nyata,” kata Giamatteo dalam kenyataan.

Teknologi AtHoc dan SecuSUITE BlackBerry juga digunakan dalam acara Sidang Kemuncak Asean sebelum ini termasuk sidang ke-46 pada Mei.

Pada sidang ke-46 itu, seramai 100 pegawai perhubungan menggunakan BlackBerry AtHoc untuk menghantar amaran keselamatan berpangkalan lokasi dan menyelaras operasi.

Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin
Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin.

Bagi sidang kemuncak ke-47 akan datang, jumlah pegawai perhubungan akan meningkat kepada 150 orang, semuanya dilengkapi dengan AtHoc dan SecuSUITE pada peranti iOS dan Android standard.

Ketua Sekretariat, Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin, berkata kira-kira 80% komunikasi antara agensi kini dilindungi keselamatannya. Sebahagian daripadanya bersifat sangat sulit dan berkait secara langsung dengan keselamatan ketua-ketua negara serta pegawai.

“Dengan BlackBerry, kita menemui platform komunikasi terbuka yang disulitkan, yang melindungi maklumat sensitif sambil meningkatkan penyelarasan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.