
Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan pada 9.07 pagi tadi.
“Kejadian membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah lori tanah, sebuah lori sampah serta dua kereta Perodua Myvi.
“Siasatan mendapati terdapat tiga mangsa lelaki warga asing dan seorang perempuan warga tempatan berumur 34 tahun terbabit kemalangan itu dan cedera,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, semua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan sebelum bomba tiba dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah lori tanah dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di lokasi berkenaan.