Laporan patologi kes tikam pelajar perlu 1-3 bulan siap, kata polis

Laporan patologi kes tikam pelajar perlu 1-3 bulan siap, kata polis

Ibu mangsa mendakwa ahli patologi memaklumkan anaknya ditikam 200 kali, bukannya 50 kali, dengan luka besar dan kecil pada kanan badan, termasuk leher serta paru-paru.

Shamsudin Mamat
Ketua Polis Petaling Jaya Shamsudin Mamat berkata jumlah sebenar kesan tikaman hanya dapat disahkan selepas laporan patologi siap.
PETALING JAYA:
Laporan patologi pelajar perempuan 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki di sebuah sekolah di Bandar Utama Selasa lalu, dijangka mengambil satu hingga tiga bulan disiapkan.

“Hanya selepas laporan itu siap, barulah jumlah sebenar kesan tikaman dapat disahkan secara rasmi,” kata Ketua Polis Petaling Jaya, Shamsudin Mamat menurut Berita Harian.

Beliau berkata, 127 saksi sudah dipanggil memberi keterangan dan suspek utama masih direman hingga 21 Okt ini bagi melengkapkan siasatan.

Media sebelum ini memetik ibu mangsa mendakwa ahli patologi memaklumkan anaknya ditikam 200 kali, bukannya 50 kali, dengan luka besar dan kecil pada kanan badan, termasuk leher serta paru-paru.

Mangsa maut ditikam seorang pelajar lelaki 14 tahun di kawasan tandas perempuan di sekolah. Suspek kemudian direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.