
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, langkah berkenaan bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh persidangan berlangsung.
“Ibu bapa, penjaga, murid, guru, dan warga sekolah terlibat dinasihatkan merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR,” menurut kenyataan KPM itu.
KPM turut memaklumkan, pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik Covid-19 serta semasa penganjuran Sidang Asean Mei lalu dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru, dan seluruh warga sekolah terpelihara.
Persidangan Kemuncak Asean dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi terbesar setakat ini dengan kehadiran kuasa besar yang berpengaruh.
Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump antara yang dijangka hadir selain kemungkinan Presiden China Xi Jinping serta ketua kerajaan negara Asean dan rakan dialog juga akan hadir.