
Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Khoo di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Khoo didakwa menghalang pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Azizul Azzim Norehan, daripada menjalankan tugasnya dalam operasi yang dijalankan pada malam 22 Mac 2023.
Kejadian itu yang dirakam dalam video dilaporkan berlaku di Taman Kanagapuram, Seksyen 18 di sini.
Jika disabitkan kesalahan, Khoo boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.
Peguam bela Rajsurian Pillai memaklumkan mahkamah Khoo dan seorang lagi saksi akan memberi keterangan bagi pihak pembelaan.
Tay Chee Fu turut mewakili Khoo, manakala Timbalan Pendakwa Raya Lim Leong Hui mewakili pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 18 dan 19 Disember.