Kabinet buat keputusan esok isu disiplin pelajar, kata PM

Kabinet buat keputusan esok isu disiplin pelajar, kata PM

Semalam Anwar Ibrahim berkata langkah tegas tangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah yang memerlukan intervensi segera akan dibincang Jemaah Menteri.

kes tikam SMK Bandar Utama Damansara (4)
Sejak akhir-akhir ini beberapa insiden serius membabitkan pelajar dilaporkan termasuk kes bunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya serta kes rogol membabitkan beberapa pelajar di Melaka dan Kedah.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan membuat keputusan mengenai isu disiplin dan keselamatan membabitkan pelajar sekolah esok, susulan laporan beberapa insiden tidak wajar sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata beliau telah mengadakan perbincangan ringkas bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai perkara itu hari ini.

“Kita akan bincang di peringkat Kabinet secara terperinci…tadi saya sudah bincang sedikit dengan menteri (Fadhlina), esok kita buat keputusan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai reformasi pendidikan berikutan laporan beberapa kes rogol, bunuh dan buli di beberapa sekolah.

Anwar ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga Asean (AMEM) ke-43, mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan Forum Perniagaan Tenaga Asean 2025 (AEBF-25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Semalam, perdana menteri berkata langkah tegas bagi menangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah yang memerlukan intervensi segera, akan dibincang oleh Jemaah Menteri.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa insiden serius membabitkan pelajar sekolah dilaporkan termasuk kes bunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya serta kes rogol membabitkan beberapa pelajar di Melaka dan Kedah.

Turut mendapat perhatian ialah peningkatan kes buli di sekolah apabila data Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak 7,681 kes direkodkan tahun lepas berbanding 6,528 pada 2023.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.