Pelajar Tingkatan 3 maut ditikam di sekolah

Pelajar Tingkatan 3 maut ditikam di sekolah

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Bandar Utama melibatkan suspek Tingkatan 1.

tikam stab
Kejadian dilapor berlaku pada 9.30 pagi dengan suspek turut menikam pelajar lain. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 dilaporkan maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 9.30 pagi suspek pelajar lelaki Tingkatan 1 dikatakan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah.

Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata suspek sudah ditahan dengan motif kejadian masih disiasat.

“Ini amat menyedihkan. Kami masih menjalankan siasatan. Apa yang paling menyayat hati ialah remaja perempuan itu telah meninggal dunia.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Kejadian tikaman itu berlaku di luar sebuah bilik darjah,” katanya kepada pemberita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.