
Fuziah berkata beliau menghormati hak Yamani, di sebalik khabar angin mengatakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman itu telah menyertai PKR.
“Walaupun saya setiausaha agung, saya menghormati hak individu. Jadi sebaik-baiknya tanyalah dia. Kalau dia tak nak umumkan, itu hak dia,” lapor The Star.
Pada Ogos, Pengerusi PH Sabah Mustapha Sakmud turut meminta media mengajukan pertanyaan kepada Yamani, menurut Daily Express.
Yamani merupakan bekas Ahli Parlimen Sipitang. Beliau memenangi kerusi Sipitang atas tiket Barisan Nasional pada 2018, dan kemudian menyertai Bersatu. Beliau tidak mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya 2022. Kerusi itu kini disandang oleh Matbali Musah dari Parti Gagasan Rakyat Sabah.
Mengulas perkembangan lain, Fuziah menolak dakwaan tentang ketidakpuasan hati dalam kalangan akar umbi PKR di Sabah, berhubung penglibatan pimpinan pusat dalam pengurusan PRN.
Beliau berkata dakwaan sedemikian berpunca daripada salah faham yang telah diselesaikan.
Fuziah menambah, beliau berjumpa dengan pemimpin cawangan yang dikatakan membuat dakwaan sedemikian.
“Mereka menjelaskan bahawa ia sebenarnya datang dari hanya satu atau dua orang sahaja.”