Banjir Kedah makin pulih, hanya 107 mangsa di PPS

Banjir Kedah makin pulih, hanya 107 mangsa di PPS

Semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Langgar, Alor Setar yang dibuka sejak Ahad lepas.

pps
Keadaan banjir di Kedah dilaporkan semakin pulih dengan hanya 107 orang daripada 32 keluarga sahaja yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus berkurangan susulan keadaan yang semakin pulih, dengan hanya 107 orang daripada 32 keluarga masih berlindung setakat pagi ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di sini, yang dibuka sejak Ahad lepas.

“Mangsa melibatkan penduduk Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar, Pagar Air dan Pondok Syeikh di Mukim Langgar/Limbong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, paras air di Sungai Janing, Padang Terap mencatat bacaan 26.21 meter (m), melebihi paras amaran 26m, manakala Sungai Pendang, Pendang merekodkan bacaan 2.34m, melebihi paras waspada 2.3m.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.