
Pannir ialah rakyat Malaysia kedua yang dihukum mati di Singapura atas kesalahan dadah dalam tempoh dua minggu, selepas K Datchinamurthy, 39, pada 25 Sept lalu.
Pannir disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 27 Jun 2017 kerana mengedar 51.84g diamorfin di pusat pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014. Dia dijatuhkan hukuman mati mandatori.
Rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 9 Feb 2018 dan petisyen pengampunannya kepada presiden Singapura turut ditolak.
Pada 6 Sept lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Pannir menangguhkan pelaksanaan hukuman mati sementara menunggu keputusan prosiding tatatertib yang dimulakannya terhadap bekas peguamnya melalui Persatuan Undang-undang Singapura.
Dua lagi rakyat Malaysia yang juga banduan akhir di Singapura selepas disabitkan atas kesalahan dadah ialah S Saminathan dan R Lingkesvaran.