133 mangsa banjir di 1 PPS Kedah

133 mangsa banjir di 1 PPS Kedah

Mangsa banjir dari Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar, Pagar Air dan Pondok Syeikh.

banjir kedah
Seramai 133 orang daripada 38 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Langgar di Alor Setar yang dibuka sejak Ahad lalu. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Situasi banjir di Kedah semakin pulih dengan hanya 133 orang daripada 38 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di sini yang dibuka sejak Ahad lalu.

“Mangsa melibatkan penduduk Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar, Pagar Air dan Pondok Syeikh di Mukim Langgar/Limbong,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, paras air Sungai Pendang di Pendang mencatatkan bacaan 2.65m melebihi paras amaran 2.5m, manakala bacaan paras air Sungai Janing di Padang Terap ialah 26.19m, melebihi paras amaran 26m.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.