
Katanya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan melarang SUV bagi tujuan e-panggilan dan tiada perubahan dasar berhubung kriteria untuk kenderaan e-panggilan.
Beliau mengulangi kenderaan e-panggilan hanya perlu memenuhi spesifikasi teknikal dan membawa empat hingga 11 penumpang.
“Kementerian memahami kebimbangan dibangkitkan pemandu dan pengendali e-panggilan, serta memberi jaminan proses pendaftaran diteruskan seperti biasa mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, The Star melaporkan pemandu SUV dilarang mendaftarkan kenderaan mereka ketika memohon lesen kenderaan perkhidmatan awam.
Pemandu e-panggilan sedia ada yang baru-baru ini menukar kenderaan kepada SUV dilaporkan turut berdepan masalah sama.
Laporan itu memetik kumpulan pemandu e-panggilan meminta penjelasan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Apad sama ada SUV boleh didaftarkan sebagai kenderaan e-panggilan.