
Fadhlina berkata sekolah-sekolah yang terlibat terletak di kawasan atau di sepanjang laluan yang dijangka mengalami kesesakan lalu lintas sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung.
“Aktiviti sekolah di 72 sekolah berkenaan akan diteruskan seperti biasa melalui pembelajaran dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas sesi townhall anti-buli hari ini.
Pegawai kepada Fadhlina berkata senarai sekolah yang terlibat akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan acara berkaitan akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt, dengan penyertaan pemimpin utama dari Asia, Eropah, Kanada, Afrika dan Amerika Latin.
Pada Sidang Kemuncak Asean ke-46 yang diadakan pada Mei lalu, sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor turut melaksanakan PdPR atas sebab yang sama.